Friday 21 August 2009

Berpuasa dengan Jus Mate 5

Berpuasa dengan Jus Mate 5

Selamat berpuasa saya ucapkan kepada semua pengunjung blog ini. Pastinya ramai yang mengambil kesempatan untuk meneruskan usaha diet mereka di bulan puasa ini lebih-lebih lagi pengguna Mate 5.InsyaAllah, disamping menunaikan ibadah yang wajib, semoga pengguna Mate 5 semua dapat mencapai target masing-masing menjelang raya nanti.

Selama 3 hari kita mula berpuasa, saya masih menerima pelbagai soalan tentang cara-cara pengambilan mate 5 di bulan puasa. Saya senaraikan soalan-soalan yang saya terima di sini dan jawapannya. Harap dapat dijadikan panduan buat semua. Sebelum tu saya huraikan balik tentang cara-cara pengambilan Mate 5 semasa berpuasa.

Cara pengambilan Mate 5 semasa berpuasa
Sahur : Bangun awal dan bersahur dengan Mate 5, sementara menanti waktu Imsak minum air kosong sebanyak mana yang mampu.
Berbuka : Minum air kosong dulu segelas dua untuk mengelakkan makan banyak nanti. Kemudian makan dalam kuantiti yang sedikit, dengan kata lain berhenti sebelum kenyang. Ikut sunnah gitu.

Jika anda mempunyai berat melebihi 100kg boleh minum Jus Mate 5 untuk kali yang kedua selepas terawikh atau sebelum tidur.

Soalan 1:
Saya tak larat nak minum Mate 5 dengan air sejuk pagi-pagi. Apa harus saya buat?

Jawapan
Tak perlu ambil Mate 5 dengan air sejuk. Boleh bancuh dengan air kosong pada suhu bilik.

Soalan 2:
Bolehkah saya ambil mate 5 sebelum tidur kalau tak nak ambil semasa sahur?

Jawapan
Boleh. Pembakaran lemak masih berlaku walaupon semasa tidur tetapi untuk kesan maksimum adalah pengambilan diwaktu sahur kerana pada teorinya kita paling banyak menggunakan tenaga pada waktu siang. Jadi Mate 5 akan mengaktifkan pembakaran lemak utk ditukarkan kepada tenaga yang kita perlukan

Soalan 3:
Bolehkah saya ambil mate 5 semasa berbuka?

Jawapan
Seeloknya ambillah apa2 makanan dalam dalam kuantiti yang sedikit semasa berbuka. Selepas 2 jam atau sebelum tidur boleh lah ambil Mate 5.

Soalan 4:
Bolehkah saya ambil mate 5 dan makanan lain semasa bersahur?

Jawapan
Boleh, jika perlu. Bangun awal untuk bersahur. Ambil makanan dalam kuantiti yang sedikit. Setengah jam kemudian boleh ambil Mate 5 dan jangan lupa minum air yang banyak. Tapi lebih digalakkan jika boleh ambil Mate 5 semata2 semasa bersahur.

No comments:

Post a Comment